suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

DJ Nathalie Holscher buang tatu sebelum peluk Islam - “Sudah tentu saya berani... ia tidak membawa makna”

Nathalie dikatakan sedang bercinta dengan Sule.

SEBELUM mengambil keputusan untuk memeluk agama Islam, personaliti media sosial yang juga merupakan disc jockey (DJ) Nathalie Holscher terlebih dahulu membuang tatu di tubuhnya.

Menerusi laporan Liputan6, Nathalie mengakui dia juga bertindak sedemikian atas permintaan pelawak Sule.

ARTIKEL BERKAITAN: DJ popular Nathalie Holscher peluk Islam selepas terima hidayah dalam mimpi

ARTIKEL BERKAITAN: Nathalie Holscher tampil berhijab, padam gambar seksi selepas peluk Islam... Netizan doa terus istiqamah

"Salah satu sebab memang atas permintaan Sule. Lagipun tatu itu tidak membawa makna kepada diri saya. Hanya dilakukan secara suka-suka saja.

"Apabila ditanya saya berani ke buang tatu itu, sudah tentu saya berani sebab hanya untuk suka-suka saja," katanya.

Nathalie mengumumkan dia sudah memeluk agama Islam pada 22 September lalu dan mendedahkan sudah lama memasang impian untuk bergelar muslim sehinggalah menerima hidayah semasa tidur.

Selepas mengambil keputusan memeluk agama Islam, Nathalie mula mengubah penampilan dan memadam semua foto lamanya di Instagram.

Tindakannya memadam foto seksi menerima pujian dan ada juga netizen membuat andaian Nathalie kini sedang menjalinkan hubungan istimewa dengan Sule.

Apatah lagi Sule menjadi saksi ketika Nathalie mengucapkan syahadah.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain