suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Botakkan kepala, peminat terkejut lihat perubahan Post Malone - “Dia perlukan lebih ruang untuk tatu”

Post Malone berkongsi gambar di Instagram selepas mencukur rambutnya sehingga botak.

PENYANYI terkenal antarabangsa, Post Malone, mengejutkan peminat apabila berkongsi gambarnya di Instagram dengan imej terbaharu.

Menerusi posting tersebut, Post atau nama sebenarnya Austin Post, menunjukkan sisi kanan kepalanya yang bercukur dan menampakkan tatu berbentuk tengkorak.

Post turut berkongsi minatnya terhadap tengkorak dan menasihati peminatnya agar sentiasa berbuat baik pada semua orang.

"Saya potong rambut jadi lebih pendek dan saya rasa tengkorak sangat cool.

Gaya rambut Post Malone sebelum dan selepas dicukur.

"Sebarkan kasih sayang sebanyak yang anda mampu. Terus bertahan," tulisnya.

Segelintir peminat Post turut memuji gaya baharu penyanyi itu di ruangan komen perkongsian tersebut.

"Awak nampak hebat!

"Kami sayang awak tak kira betapa pendek awak potong rambut," tulis beberapa peminat.

Penyanyi lagu Circles ini juga pernah menggayakan rambut panjang sebelum memotongnya pendek pada Mei lalu.

Sumber: Hollywoodlife

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Post Malone

Artikel Lain