suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Muncul dengan penampilan baharu... agensi nafi Park Bom jalani pembedahan plastik

Pihak pengurusan nafi Park Bom jalani pembedahan plastik.

AGENSI D'Nation menafikan khabar angin penyanyi Park Bom menjalani pembedahan kosmetik, baru-baru ini.

Kenyataan penafian itu dikeluarkan selepas penampilan Park Bom di Grand Bell Awards 2020 menjadi perbualan hangat netizen.

Menurut D-Nation, bekas anggota kumpulan 2NE1 itu berdepan waktu sukar sehingga dia mengalami tekanan.

Oleh itu, agensi memberikan ruang kepadanya untuk berehat sehinggalah pelancaran album baharu.

"Sebelum ini dia menghabiskan banyak waktu dengan berehat sehingga menyebabkan berat badannya bertambah.

"Ada orang kata dia buat pembedahan plastik tetapi itu tidak benar. Sekarang kita sedang bekerja untuk album baharu yang akan dilancarkan tahun ini dan Park Bom sedang mempersiapkan diri dengan penampilan baru," katanya.

SUMBER: Allkpop

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Park Bom

Artikel Lain