suria

Park Seo Joon aktor Korea Selatan pertama miliki 1 juta pelanggan YouTube dalam tempoh 11 bulan

Park Seo Joon miliki lebih sejuta langganan di saluran Youtube miliknya.

PELAKON Park Seo Joon menjadi pelakon Korea Selatan pertama memiliki pengikut teramai di laman YouTube.

Menurut laporan Soompi, Park memaklumkan mengenai perkara itu dengan menunjukkan Gold Play Button Award yang diberikan YouTube bermaksud salurannya memiliki lebih sejuta pengikut.

Menerusi siaran langsung di saluran Record PARK's, pelakon drama Itaewon Class itu turut mengucapkan terima kasih kepada pekerjanya yang membantu sepanjang proses penghasilan kandungan video di laman tersebut.

"Staf yang bekerja siang dan malam menyiapkan video saya.

"Saya mungkin tak buat banyak tapi saya rasa perlu berterima kasih kepada semua orang yang menunjukkan minat dengan apa yang saya lakukan dalam kehidupan harian saya ini," katanya.

Park Seo Joon membuka saluran YouTube berkenaan pada Julai 2019, ini bermakna dia mencapai angka sejuta subscriber dalam masa 11 bulan sahaja.

Dalam perkembangan lain, Park Seo Joon kini bakal muncul dalam filem Dream bersama IU dan Lee Hyun Woo.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Park Seo Joon, Youtube

Artikel Lain