suria

Han Sohee takut lalui alam perkahwinan selepas pegang watak perampas dalam 'The World Of Married'

Watak Han Sohee sebagai perampas memberi kesan kepada kehidupan peribadinya.

GARA-GARA membintangi drama The World Of The Married dan memegang watak sebagai perampas, pelakon Han Sohee mengakui dia menjadi takut untuk menempuh alam perkahwinan suatu hari nanti.

Memetik laporan Koreaboo, Han Sohee memberitahu ada juga rakan-rakannya berasa bimbang untuk bercinta selepas menonton drama tersebut yang sudah berakhir pada 16 Mei lalu.

"Drama ini memberi gambaran yang sangat terperinci mengenai proses perpecahan sebebuh keluarga. Malah ia membuatkan saya sendiri terfikir sama ada boleh hidup dalam alam perkahwinan atau tidak suatu hari nanti.

"Rakan-rakan juga ada yang takut untuk menjalinkan hubungan cinta selepas menonton drama tersebut. Anak kepada salah seorang rakan saya turut mengakui dia mengalami masalah emosi atas alasan sama," katanya.

Drama yang mengisahkan tentang kehidupan perkahwinan yang hancur disebabkan orang ketiga itu mula menjadi fenomena sejak ditayangkan pada 27 Mac lalu.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Han Sohee, The World Of Married,

Artikel Lain