suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jennifer Lopez mahu kahwin di Itali selepas Covid-19 berakhir!

J-Lo tak sabar mahu berkahwin selepas wabak Covid-19 berakhir.

SETELAH memutuskan menunda majlis perkahwinan kerana penularan wabak Covid-19, penyanyi Jennifer Lopez dikhabarkan akan meneruskan upacara tersebut selepas pandemik berakhir.

Menurut laporan US Weekly, sumber terdekat mengesahkan mengenai perkara itu dan memberitahu pasangan ini tidak sabar untuk disatukan sebagai suami dan isteri di Itali.

"Semua dah dirancang dan dibayar tapi mereka terpaksa menunda majlis kerana koronavirus, namun Jennifer atau J-Lo ingin cepat-cepat berkahwin setelah keadaan kembali normal.

"Mereka akan meraikan hari bahagia itu bersama keluarga dan sahabat terdekat," katanya.

Pada 7 April lalu, Jennifer Lopez memberitahu The Ellen Show bahawa dia dan pasangan Alex Rodriguez masih belum mengetahui tarikh baharu majlis perkahwinan mereka.

"Kita lihat saja apa yang akan jadi ketika ini. Sejujurnya, saya tak tahu apa yang akan berlaku seperti tarikh atau hal lain. Kita tunggu dalam beberapa bulan ini hingga semua selesai," ujarnya.

Jennifer Lopez

Artikel Lain