Lee Dong Wook cabar diri bawa watak hantu wanita menerusi drama Tale of Gumiho - Bintang Global | mStar

Lee Dong Wook cabar diri bawa watak hantu wanita menerusi drama Tale of Gumiho

Tale of Gumiho merupakan drama bersiri kedua lakonan Lee Dong Wook pada tahun ini.

PELAKON terkenal Korea Selatan, Lee Dong Wook buat pertama kalinya bersetuju membintangi watak sebagai seorang wanita menerusi sebuah drama baharu TvN, iaitu Tale of Gumiho.

Menerusi drama Tale of Gumiho, Lee Dong Wook memegang watak makhluk rubah berekor sembilan yang telah hidup beribu-ribu tahun.

ARTIKEL BERKAITAN: Gong Yoo dedah perangai pelik Lee Dong Wook, suka hantar mesej sama dua kali

ARTIKEL BERKAITAN: Lee Dong Wook dan Suzy berpisah

Dia kemudiannya, bertukar menjadi seorang wanita cantik yang menggoda lelaki dan gelaran 'Gumiho' sangat sinonim dengan wanita.

Lee Dong Wook mengambil cabaran membawa watak sebagai wanita.

Menurut jalan penceritaan drama ini, Gumiho ditugaskan untuk menentang penceroboh yang mengganggu ketenteraman dunia dengan berselindung di sebalik identiti sebagai 'hantu wanita'.

Pelakon berusia 38 tahun ini, mengambil cabaran dengan menjadi lelaki pertama yang memainkan watak sebagai makhluk ini menerusi televisyen Korean, dan menjadikan ia sesuatu yang luar biasa yang berkait dengan stereotaip jantina.

Menariknya lagi, drama ini bakal ditayang di kaca TV pada pertengahan tahun 2020, jadi buat anda peminat tegar K-drama ini mesti tak sabar kan nak tengok macam mana Lee Dong Wook bawakan watak unik ini.

Sementara itu, drama ini merupakan drama bersiri kedua lakonan Lee Dong Wook pada tahun ini, selepas dia membawa watak sebagai seorang pembunuh psikopath menerusi drama OCN Stranger pada Oktober lalu. -Soompi

Lee Dong Wook

Klik

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

Artikel Lain