Rebel Wilson akui berat badan turun 8kg gara-gara set penggambaran panas! - Bintang Global | mStar

Rebel Wilson akui berat badan turun 8kg gara-gara set penggambaran panas!

Rebel Wilson mengakui filem ini memberi cabaran buat dirinya.

PELAKON terkenal Rebel Wilson mendedahkan bahawa dia mengalami penurunan berat badan semasa terlibat dalam latihan dan penggambaran filem Cats iaitu filem yang diolah oleh penerbit teater terkenal Andrew Lloyd Weber.

Menurut pelakon berusia 39 tahun ini, filem tersebut berkonsepkan tarian yang memerlukan dia untuk menggunakan banyak tenaga hingga membantu dia dalam mengurangkan berat badannya.

ARTIKEL BERKAITAN: Rebel Wilson Pilih Kerjaya Berbanding Lelaki

"Saya berjaya menurunkan berat badan saya sehingga lapan kilogram dalam masa empat hari dan ini memecah rekod saya.

"Selain itu, mereka juga membiarkan set dalam keadaan panas hingga mencecah 100 darjah Farenheit, supaya kami (pelakon) tidak dapat merasakan sejuk," katanya kepada Entertainment Tonight pada Khamis.

Rebel Wilson bergandingan bersama Taylor Swift menerusi filem Cats.

Jelas pelakon popular menerusi filem Pitch Perfect, yang lebih dikenali sebagai Fat Amy ini, ada sebab mengapa mereka dibiarkan dalam keadaan 'kepanasan' seperti itu.

"Mereka ini antara penari-penari terbaik di seluruh dunia, jadi mereka tidak boleh membiarkan otot-otot mereka dalam keadaan menegangkan, jika tidak akan mengalami kecederaan.

"Jadi disebabkan itu mereka akan memanaskan set seperti sauna supaya kami tidak berada dalam keadaan terlalu selesa (sejuk), tetapi ia membuatkan kami berasa tidak selesa," kongsinya lagi.

Menerusi filem tersebut, Rebel memainkan watak sebagai sejenis kucing yang aneh dipanggil Jennyanydots.

"Saya memegang watak sebagai seekor kucing tua yang malas dalam filem itu. Saya bukan seorang Catwomen yang seksi," ujarnya.

Sementara itu, menerusi filem ini Rebel juga digandingkan bersama penyanyi popular, Taylor Swift sebagai Bombalurina membuat persembahan dengan menyanyikan lagu berjudul 'Memories'.

Filem ini turut dibintangi oleh Idris Elba sebagai Macavity, Jennifer Hudson sebagai Grizabella dan Ian McKellen sebagai Gus.

Manakala watak kucing adalah James Cordon sebagai Bustopher Jones dan Judy Dench sebagai Old Deuteronomy.

Barisan pelakon ini turut hadir semasa tayangan perdana filem Cats di London pada Isnin. -Dailymail

Rebel Wilson

Klik

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

Artikel Lain