Han Seo Hee kongsi foto tangan dan jari lebam dakwa didera kekasih, Jung Da Eun

Han Seo Hee mendakwa kekasihnya, Jung Da Eun menderanya secara fizikal.

PELAKON Han Seo Hee, 25, sekali lagi menarik perhatian ramai apabila mendakwa kekasihnya, Jung Da Eun bertindak ganas dan menderanya secara fizikal.

Pelakon drama 100 Days My Prince ini, kemudiannya memuat naik beberapa keping foto menerusi satu posting di Instagram miliknya, mempamerkan keadaan lengan serta tangannya yang lebam pada Jumaat.

ARTIKEL BERKAITAN: Bikin kecoh! Penyanyi dangdut Indonesia minum cairan pembersih lantai di IG live, rupa-rupanya 'prank'

Selain itu, Han Seo Hee turut memuat naik satu tangkap skrin perbualan yang dihantar kepada seorang rakan berhubung insiden penderaan yang menimpanya.

Posting yang dimuat naik olehnya di Instagram.

"Unni, Jung Da Eun cuba membunuh saya, apa yang perlu saya lakukan? Saya menangis dan meminta maaf, dia kelihatan tidak seperti sebelum ini dan tingkah lakunya pelik.

"Dia cuba mencekik saya dan berkata ingin membunuh saya dengan tangannya sendiri. Saya berkata saya mahu mati tetapi siapa yang sanggup melakukan itu kepada seseorang?

Paparan perbualan mesej bersama rakannya.

"Saya mengambil kesukaran dan saya mahu mati. Selamatkan saya. Adakah patut, mencekik seseorang di lantai dan berkata 'saya akan bunuh awak dengan tangan saya sendiri?" katanya menerusi perbualan itu.

Sebelum ini, Jung Da Eun pernah dikecam netizen gara-gara mengambil suntikan hormon untuk menjadi seorang lelaki.

Malah perkara ini turut diakuinya bahawa dia sebelum ini pernah menjalani rawatan terapi hormon lelaki yang menyebabkan ciri fizikalnya mengalami perubahan drastik. allkpop

Han Seo Hee, Jung Da Eun

Artikel Berkaitan

Artikel Lain