Ahmad Dhani dapat pengampunan, bakal dibebaskan akhir bulan ini! - Bintang Global | mStar

Ahmad Dhani dapat pengampunan, bakal dibebaskan akhir bulan ini!

Ahmad Dhani bakal dibebakan pada 28 Disember 2019 ini.

SUAMI kepada penyanyi Mulan Jameela, Ahmad Dhani bakal dibebaskan dari tahanan pada 28 Disember ini setelah hampir satu tahun dipenjarakan.

Hal ini diputuskan oleh hakim yang mengendalikan kes penyanyi itu, Hendarsam Marantoko kepada media.

ARTIKEL BERKAITAN: Dul Jaelani ganti Ahmad Dhani jadi vokalis Dewa 19

ARTIKEL BERKAITAN: Ramadan tanpa bapa, anak-anak Ahmad Dhani sambut di Surabaya


Foto keluarga Ahmad Dhani bersama isteri, Mulan Jameela serta anak-anak mereka.

"Ya, memang benar jika dikira Ahmad Dhani akan dibebaskan sekitar 28 Disember," katanya.

Jelasnya lagi, penyanyi lagu Dewi ini mendapat pengampunan dan tempoh tahanannya telah dipendekkan kepada satu bulan.

Ahmad Dhani sepatutnya dijadualkan bebas dari tahanan pada Januari 2020, namun dipendekkan menjadi Disember 2019.

"Kan dipendekkan tempoh tahanannya. Dia dijatuhkan hukuman penjara selama satu tahun kerana sebelum ini dia ditahan pada 28 Januari. Tapi dipendekkan tempoh ya 28 Disember ini dia dibebaskan," katanya lagi.

Ahmah Dhani bersama anak lelakinya.

Sementara itu, peguamnya, Aldwin Rahardian berkata rayuan Ahmad Dhani terhadap kes vlog 'Idoit' tersebut telah diterima oleh Mahkamah Tinggi Jawa Timur, Indonesia.

Tambah peguamnya, keluarganya sudah tidak tidak sabar untuk menantikan kepulangan penyanyi yang berusia 47 tahun itu.

"Semestinya tidak sabar untuk menanti kebebasan penyanyi itu untuk berkumpul bersama keluarga, terutamanya bagi menyambut tahun baru. Selain hari raya, inilah yang dinantikan untuk berhimpun bersama pada tahun baru," jelasnya.

Ahmad Dhani sebelum ini, ditahan di Cipinang Penitentiary, Jakarta Timur, Indonesia gara-gara mengeluarkan kata-kata kebencian pada awal tahun lalu. Liputan6.com

Ahamad Dhani

Klik

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

Artikel Lain

Anda boros? Apa kata cuba 5 cara ini