G-Dragon buat kejutan muncul di Instagram selepas 9 bulan menyepi - Bintang Global | mStar

G-Dragon buat kejutan muncul di Instagram selepas 9 bulan menyepi

G-Dragon mengejutkan peminat dengan foto yang dimuat naik ke laman Instagram miliknya.

VOKALIS utama kumpulan Big Bang iaitu G-Dragon mengejutkan peminat apabila dia bertindak memuat naik beberapa keping gambar di laman Instagram miliknya baru-baru ini.

Menurut laporan Allkpop, G-Dragon tidak sabar untuk membuat kemunculan semula selepas setahun sunyi dari industri hiburan kerana menyertai latihan ketenteraan di negara itu.

Kali terakhir gambar dimuat naik G-Dragon adalah pada February tahun lalu.

Kemunculan G-Dragon di laman Instagram disambut baik peminat yang sudah lama rindu akan berita dan kehadiran penyanyi rap itu.

Antara posting yang dimuat naik G-Dragon di laman Instagram.

"Saya sangat merindui awak! Selamat kembali Oppa.

"King sudah kembali! Saya harap awak sihat-sihat sahaja," tulis netizen.

Kesemua anggota kumpulan Big Bang dijangka bakal menamatkan sesi latihan ketenteraan mereka hujung bulan ini dan kesemua 16.3 juta peminat nampaknya teruja menanti perkembangan terkini kumpulan itu.

G-Dragon bagaimanapun dikhabarkan mahu berehat beberapa hari sebelum kembali memulakan aktiviti seninya pada November nanti.

G-Dragon , Big Bang

Klik

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

Artikel Lain