suria

Majlis kahwin kali kedua, Justin Bieber tunai hasrat jadi suami pada usia 25 tahun

Justin Bieber dan Hailey kahwin kali kedua.

PENYANYI Hollywood terkenal, Justin Bieber dan isteri Hailey Baldwin mengadakan majlis perkahwinan mereka buat buat kali kedua pada Isnin selepas beberapa kali mengubah tarikh istimewa itu.

Memetik daripada TMZ, pasangan selebriti ini sengaja memilih tarikh itu kerana Justin berhasrat untuk bergelar suami pada usia genap 25 tahun.

Justin dan isteri berkahwin kali pertama pada September 2018.

Majlis perkahwinan tersebut turut dihadiri oleh keluarga, rakan baik dan 154 selebriti termasuklah Kendall Jenner, Kyle Massey dan Joan Smalls.

Penyanyi Danial Caesar juga turut diundang untuk menyumbangkan beberapa buah lagu sempena momen-momen indah Justin dan isteri.

Justin dan Hailey menjalinkan hubungan percintaan mereka sejak tahun 2016 sebelum memutuskan pertunangan mereka. 

Justin berkahwin dengan model Hailey di sebuah lokasi rahsia di New York, Amerika Syarikat pada September 2018. - Mirror

Justin Bieber, Hailey Baldwin, kahwin

Artikel Lain