suria

Kylie Jenner, Travis Scott dilaporkan berpisah selepas dua tahun bercinta

Kylie dan Travis dilaporkan tidak lagi bersama.

BINTANG realiti Kylie Jenner dilaporkan sudah berpisah dengan teman lelakinya, penyanyi rap Travis Scott selepas dua tahun bercinta.

Memetik laporan TMZ, mereka membuat keputusan untuk berehat sejenak daripada menjalinkan hubungan cinta.

Bagaimanapun, pasangan tersebut dipercayai cuba untuk memperbaiki hubungan mereka beberapa minggu yang lalu sebelum membuat haluan sendiri.

Kylie dikhabarkan menghadiri majlis perkahwinan Justin Bieber bersama anak perempuannya, Stormi. 

Turut dilaporkan, keretakan hubungan pasangan itu mula dihidu apabila mereka tidak lagi dilihat bersama sejak tayangan perdana dokumentari Travis, 'Look Mom, I Can Fly', pada 27 Ogos.

Kylie atau nama sebenarnya, Kylie Kristen Jenner juga dikhabarkan menghadiri majlis perkahwinan Justin Bieber dan Hailey Baldwin pada Isnin tanpa Travis Scott di sisi.

Untuk rekod, Kylie mengandungkan anaknya dan Travis, Stormi selepas lima bulan menjalinkan percintaan. - Mirror

Kylie Jenner, Travis Scott, pisah

Artikel Lain