suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bekas teman wanita pertama raikan majlis perkahwinan Justin Bieber

Bekas kekasih Justin Bieber hadir bersama abangnya ke majlis perkahwinan tersebut.

MAJLIS perkahwinan penyanyi Justin Bieber dan Hailey Bieber berlangsung meriah dihadiri oleh keluarga, teman rapat dan rakan-rakan selebriti pada Isnin lalu.

Namun, apa yang menarik perhatian ialah kehadiran salah seorang tetamu yang merupakan bekas kekasih Justin Bieber iaitu Caitlin Beadles.

Menurut laporan Just Jared, Caitlin merupakan teman wanita pertama Justin.

Mereka menjalinkan hubungan cinta pada tahun 2008 ketika penyanyi lagu Baby itu berpindah ke Atlanta dan bekerja dengan penyanyi rap Usher.

Bagaimanapun kisah cinta mereka hanya bertahan selama setahun sebelum kedua-duanya memilih untuk memutuskan hubungan tersebut.

Pada majlis tersebut turut kelihatan beberapa selebriti popular antaranya Kendall dan Kylie Jenner serta Jaden Smith.

SUMBER:  CNN

Justin Bieber

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia