suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Isteri terkejut Baim Wong tukar imej, warna rambut persis Attar Halilintar

Baim Wong menukar imej persis Atta Halilintar untuk membuat satu 'prank' terhadap isterinya.

GARA-GARA ingin menukar imej dan berpenampilan seperti personaliti Youtube popular, Atta Halilintar, pelakon Baim Wong sanggup mewarnakan rambutnya menjadi merah jambu.

Penampilan baharunya itu bagaimanapun membuatkan isterinya iaitu Paula Verhoeven yang kini hamil lapan bulan berasa malu dan terkejut akan perubahan drastik dilakukan suaminya itu.

"Terkejut dan malu... penampilan Baim Wong terlalu aneh," katanya.

Menurut Baim, dia sudah lama berhasrat untuk mencuba sesuatu yang baharu namun belum memiliki keberanian untuk melakukannya.

"Dari dahulu memang nak cuba... cuba untuk berubah.

"Cuma antara berani atau tidak sahaja.

"Paula pula tak izinkan saya mewarnakan rambut. Alang-alang, kali ini saya warnakan untuk prank dia sekali. Ia bukan warna kekal pun," katanya. - Cumicelebs.com

Baim Wong, Atta Halilintar

Artikel Lain