“Putihnya muka, salah pakai bedak ke?” - Solekan Irene Red Velvet dikritik netizen - Bintang Global | mStar

“Putihnya muka, salah pakai bedak ke?” - Solekan Irene Red Velvet dikritik netizen

Netizen persoalkan mengenai mekap pada wajah Irene. Foto: Dispatch

KETIBAAN barisan selebriti di bawah pengurusan SM Entertainment di Lapangan Terbang Antarabangsa Gimpo, Jepun mencuri tumpuan peminat.

Kemunculan mereka membuatkan pengunjung mengambil kesempatan merakam gambar dan momen menarik untuk dikongsi di laman sosial pada Jumaat.

Antara yang mencuri tumpuan ialah penampilan salah seorang ahli kumpulan Red Velvet iaitu Irene.

Solekan yang dikenakan pada wajah penyanyi itu dikatakan kurang sesuai dan keterlaluan kerana nampak perbezaan warna pada muka yang terlalu putih dibandingkan dengan warna leher.

Rata-rata netizen mempersoalkan mekap pada wajah Irene dan berpendapat gadis tersebut sudah cukup cantik tanpa solekan.

"Putih sangat wajah dia, salah pakai bedak ke?

"Ada apa dengan muka dia tu. Terkejut saya tengok muka seputih tembok, bedaknya tebal sekali ya.

"Rasanya wajah sebenar tidak seputih itu, tapi kenapa dalam gambar putih sangat," tulis netizen pada satu foto yang dimuat naik oleh media Korea Selatan, Dispatch.

Red Velvet yang dianggotai oleh Irene, Seulgi, Wendy, Yeri dan Joy kini berada di Tokyo, Jepun bagi menjayakan konsert SMTOWN Live 2019.

SUMBER: WowKeren

Irene , Red Velvet

Artikel Lain

Tun M pandu Proton Saga baharu