“Rasa seperti seorang isteri yang teruk” - Priyanka Chopra - Bintang Global | mStar

“Rasa seperti seorang isteri yang teruk” - Priyanka Chopra

Nick terima Priyanka seadaanya walaupun tidak tahu memasak.

PELAKON Bollywood terkenal, Priyanka Chopra mendedahkan dia bukanlah seorang isteri yang baik untuk suaminya iaitu penyanyi Nick Jonas.

Menurut laporan BuzzFeed, Priyanka membuat pengakuan jujur mengenai dirinya tidak tahu memasak ketika dilamar Nick.

"Saya tidak pandai memasak dan saya beritahu Nick mengenai perkara itu ketika dia melamar saya.

"Saya ada beritahu yang dia dah biasa menikmati makanan yang sedap daripada ibunya tetapi akan berkahwin dengan wanita yang tidak pandai memasak.

"Rasa seperti seorang isteri yang teruk. Tapi apa yang membuatkan saya terharu apabila Nick membalas kembali dengan berkata dia tak kisah saya tak pandai memasak," katanya.

Priyanka berkongsi perkara itu menerusi satu temu bual dalam program ABC Chat Show, The View baru-baru ini.

Perkahwinan pasangan selebriti terkenal ini berkahwin pada Disember tahun lalu di Rajasthan, India pernah mendapat liputan yang luas.

Priyanka Chopra , Nick Jonas

Artikel Lain