suria

Jibeom ‘kantoi’ peminat rakam gambarnya bersama wanita

Peminat merakamkan gambar Jibeom keluar bersama seorang wanita dipercayai kekasihnya.

PENYANYI kumpulan Golden Child's iaitu Jibeom 'kantoi' apabila peminat berjaya merakamkan gambarnya dengan seorang wanita dipercayai teman wanitanya baru-baru ini.

Koreaboo melaporkan menerusi gambar yang disebarkan peminat di laman sosial, kedua-dua mereka dilihat sedang bersiar-siar tanpa ditemani oleh pengawal peribadi.

Malah Jibeom tidak memakai topeng muka atau topi bagi melindungi wajahnya daripada dikenali orang awam ketika berjalan-jalan di Hyehwa di utara Seoul.

"Rasa macam tak percaya nampak Jibeom sedang berjalan-jalan tanpa memakai topeng atau topi.

"Wanita bersamanya nampak mesra dan ada kata mereka bercium," kata netizen.

Jibeom, Golden Child's

Artikel Lain