suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kim Kardashian dedah penyakit kulit merebak ke wajah

BINTANG realiti TV Kim Kardashian masih berjuang melawan penyakit kulitnya psoriasis yang dihidapi sejak beberapa tahun lalu.

Pelabagai rawatan dilakukan Kim, namun sehingga kini ia belum berhasil.

Penyakit itu menyebabkan ruam pada kulit sehingga membuatkan kulit menjadi tebal, kering dan bersisik.

Lebih parah lagi, penyakit itu kini merebak ke wajahnya.

Bagaimanapun, Kim tidak pernah menyenyembunyikan perkara berkenaan, malah dia sering memuat naik keadaan wajahnya di laman sosial Instagram.

Menerusi Instastory, Kim menunjukkan ruam merah di bahagian kening, mata, pipi dan dagunya dengan kapsyen, 'Selamat pagi psoriasis'.

Ia bukan kali pertama dia berkongsi keadaan wajahnya yang ditumbuhi prosriasis.

Februari lalu, Kim berkongsi rawatan herba yang digunakan untuk merawat penyakit berkenaan.

SUMBER: PAGE SIX

Kim Kardashian

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia