suria

Demi Lovato kongsi pengalaman 7 tahun ketagih alkohol, dadah

PENYANYI Demi Lovato berkongsi perjalanan yang dilalui selama tujuh tahun dalam melawan ketagihan alkohol dan dadah di laman sosial Instagram miliknya.

Dia yang mengalami masalah tersebut memberi nasihat dan menawarkan bantuan kepada peminat yang mengalami masalah sepertinya.

"Hari ini sudah tujuh tahun saya pulih. Saya tidak berasa kesal dengan apa yang saya sudah lakukan kerana setiap manusia memang melakukan kesalahan," ujarnya.

Katanya, selama enam tahun ini banyak cabaran yang dilaluinya menjadikan dia lebih matang.

"Jika anda takut untuk meminta bantuan, ketahuilah kamu mampu untuk kembali pulih. Jika anda boleh hidup hari ini bermakna anda mampu melaluinya. Jadi jangan tunggu untuk mendapatkan bantuan," ujarnya seperti dipetik Billboard.

Demi Lovato mendapatkan rawatan pemulihan selepas pengambilan dadah secara berlebihan sehingga hampir meragut nyawanya pada 24 Julai 2018.

Penyanyi lagu Sorry Not Sorry itu mengalami kesukaran dan bertarung dengan masalah ketagihannya sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Demi Lovato merupakan salah satu selebriti yang terbuka berkongsi pengalaman buruk berdepan dengan masalah alkohol dan dadah.

Demi Lovato

Artikel Lain