suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ucapan terima kasih Gong Hyun Joo buat peminat yang menyokong

Gong Hyun Joo mengadakan majlis perkahwinan secara tertutup.

PELAKON Gong Hyun Joo meluahkan rasa syukur dan berterima kasih kepada peminat yang memberi sokongan selepas dia berkahwin baru-baru ini.

Menurut laporan Soompi, Gong Hyun Joo yang berkahwin dengan lelaki bukan dalam kalangan selebriti mengadakan majlis secara tertutup dan ia dihadiri kelurga dan kenalan rapat.

"Saya sangat gembira menerima ucapan tahniah daripada semua orang. Saya mahu berterima kasih kepada semua yang sentiasa menyokong saya.

"Saya akan lakukan yang terbaik untuk terus berasa syukur dan menjalani kehidupan yang gembira," katanya.

Malah, agensi pengurusannya iaitu Jellyfish Entertainment turut berterima kasih kepada semua yang memberi ucapan tahniah kepada Gong Hyun Joo.

Gong Hyun Joo

Artikel Lain