suria

Samuel L. Jackson hilang peminat kerana kritik Trump

Samuel L. Jackson

PELAKON terkenal, Samuel L. Jackson tidak ambil peduli jika penyokong Presiden Trump enggan menonton filemnya selepas tindakannya mengkritik Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.

Dalam temubual bersama Esquire yang diterbitkan minggu ini, pelakon veteran itu telah mengeluarkan kata-kata yang tidak menyenangkan terhadap presiden Amerika Syarikat itu.

Apabila ditanya tentang kebimbangannya terhadap pengundi Trump, pelakon Avengers itu hanya menolak tepi perasaan bimbang itu.

Jackson juga mengkritik pengkritik yang mengatakan bahawa dia tidak sepatutnya memasuki politik dan hanya perlu fokus pada lakonan sahaja.

"Saya hanyalah manusia biasa. Dan perkara ini jelas tidak menjejaskan diri saya," ujar Jackson.

Pelakon ini juga terkenal dengan persembahan ikoniknya menerusi filem-filem seperti Pulp Fiction,Jurassic Park,Coach Carter dan Django Unchained.

Dia juga pernah muncul dalam beberapa filem seperti Star Wars, dan The Incredibles, serta memegang watak sebagai Nick Fury dalam pelbagai filem superhero Marvel.

Terkini Jackson akan beraksi menerusi filem yang bakal memecah panggung wayang seluruh dunia iaitu Captain Marvel.-Pagesix

Samuel L

Artikel Lain