suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jaya Bachchan marah peminat ambil gambar tanpa kebenaran

Jaya beri amaran kepada salah seorang peminat.

ISTERI kepada aktor Amitabha Bachchan iaitu Jaya Bachchan dikenali sebagai seorang yang garang dan tidak pandai menjaga emosinya.

Baru-baru ini, dia dilaporkan memarahi beberapa peminat yang mengambil gambarnya tanpa izin.

Kejadian itu terjadi ketika dia baharu pulang daripada majlis ulang tahun ibu Karan Johar iaitu Hirro Johar.

Dalam kejadian itu, dia sedang keluar dari sebuah restoran dan dihadang oleh beberapa peminat yang mengambil gambarnya.

Jaya memanggil seorang peminat dan memarahinya kerana tidak meminta izin terlebih dahulu.

Dengan wajah masam, Jaya memberi peringatan dan membuatkan peminatnya terdiam.

Ia bukan kali pertama, sebelum ini Jaya pernah mengherdik wartawan yang memanggil Aiswarya Rai dengan panggilan Ash sahaja.

"Siapa kamu?, teman sekolahnya atau sahabatnya suka sahaja memanggil orang dengan nama panggilan keluarga," ujarnya seperti dipetik Hindustan Times.

Jaya Bachchan

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia