Siti Badriah, penyanyi lagu ‘Lagi Syantik’ bertunang - Bintang Global | mStar

Siti Badriah, penyanyi lagu ‘Lagi Syantik’ bertunang

PENYANYI lagu Lagi Syantik iaitu Siti Badriah selamat mengikat tali pertunangan dengan kekasihnya Krisjiana Baharudin pada Khamis lalu.

Majlis pasanganya tersebut berlangsung secara sederhana dengan dihadiri keluarga terdekat.

Menerusi Instagram rakan baik Siti Badriah, Mozza Kirana majlis tersebut berjalan dengan lancar seperti dirancang.

Lokasi pertunangan itu dihiasi dengn bunga-bunga cantik dan ibu bapa wanita itu duduk disisinya.

"Alhamdulillah, akhirnya lamaran," ujar rakannya seperti dipetik KapanLagi.com.

Manakala, Siti Badriah tampil cantik dengan kebaya panjang berwarna kelabu.

Rata-rata tetamu mengucapkan tahniah kepada pasangan berkenaan.

Siti Badriah

Artikel Lain