Kim Sang Hyuk (Click B) umum kahwin 7 April depan - Bintang Global | mStar

Kim Sang Hyuk (Click B) umum kahwin 7 April depan

Bakal isteri Kim Sang Hyuk enam tahun lebih muda daripadanya.

ANGGOTA kumpulan Click B iaitu Kim Sang Hyuk mengumumkan dia bakal mendirikan rumah tangga pada 7 April depan di Seoul.

Menurut laporan Allkpop, Kim Sang Hyuk menjadi anggota pertama yang bakal mengakhiri zaman bujangnya.

Kata Kim Sang Hyuk, dia akan bekerja keras untuk menjadi yang lebih baik selepas berkahwin dan berharap peminat memberi sokongan.

"Saya telah bertemu dan merancang untuk menghabiskan seluruh hidup saya dengan orang yang telah membawa saya ke jalan yang betul dan menjadikan saya lebih matang.

"Saya akan bekerja keras untuk menunjukkan diri saya yang lebih selepas berkahwin. Tolong beri sokongan dan doakan yang baik-baik untuk saya dan pasangan saya," tulisnya.

Bakal isteri Kim Sang Hyuk dikatakan bukan dalam kalangan selebriti dan usianya enam tahun lebih muda.

Kim Sang Hyuk

Artikel Lain

Henti siasat empat suspek MH17