suria

Rossa teruja bakal berkolaborasi dengan Super Junior

PENYANYI popular dari Indonesia iaitu Rossa mengumumkan bakal berkolaborasi dengan kumpulan Kpop, Super Junior.

Rossa meluahkan rasa gembira dan berterima kasih kepada kumpulan itu yang memberi kepercayaan untuk bekerjasama dengannya.

Penyanyi lagu Pudar itu berharap peluang itu dapat membuka ruang untuk membawa nama Indonesia ke peringkat antarabangsa.

"Super Junior adalah legenda Kpop dan saya menjadi artis berbahasa Melayu pertama dapat berkolaborasi dengan mereka.

"Pastinya saya menantikan peluang ini," ujarnya seperi dipetik Liputan 6.

Dia mengakui tidak sabar menanti kolaborasi yang dirancang bakal dilancarkan tahun ini.

Super Junior merupakan kumpulan yang membuka mata dunia terhadap muzik Asia.

"Seluruh lagu, video klip kumpulan itu luar biasa sekali. Saya menantikan apa yang akan dilakukan antara saya dan mereka," ujarnya.

Rossa, Super Junior

Artikel Lain