suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Seungmin (Stray Kids) perlu rehat daripada melakukan aktiviti melibatkan fizikal

Seungmin mengalami lebam di bahagian belakang badannya.

ANGGOTA kumpulan Stray Kids iaitu Seungmin mengalami kecederaan ringan ketika menjalani penggambran filem baru-baru ini.

Menurut laporan Soompi, agensi pengurusannya JYP Entertainment memberitahu doktor menasihati Seungmin untuk tidak melakukan sebarang aktiviti melibatkan fizikal.

"Seungmin mengalami lebam di bahagian belakang badannya selepas menjalani penggambaran filem baru-baru ini.

"Selepas menjalani rawatan, doktor menasihatkan Seungmin untuk elak daripada melakukan pergerakkan yang banyak dalam beberapa hari.

"Jadi, perkara itu memberi kesan untuk dia meneruskan aktiviti yang sudah ditetapkan. Kami mohon maaf kerana membuatkan peminat bimbang dengan keadaanya.

"Kesihatan artis adalah keutamaan dan kami lakukan yang terbaik untuk dia kembali sembuh," katanya.

Seungmin, Stray Kids

Artikel Lain