suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Hubungan Lady Gaga dan Christian Carino berakhir

SELEPAS mengikat tali pertunangan selama setahun, pasangan selebriti Lady Gaga dan tunangnya Christian Carino dikhabarkan sudah berakhir.

Seperti dipetik majalah People, pasangan itu juga sudah membatalkan rancangan untuk berkahwin yang dijadualkan dalam masa terdekat.

"Pertunangan itu tidak mampu bertahan. Hubungan kadang-kadang mudah untuk berakhir. Namun tiada cerita dramatik," ujar wakil penyanyi itu.

Tambahnya, keputusan untuk berpisah itu baharu sahaja dibuat oleh pasangan tersebut.

Khabar angin berkaitan hubungan mereka timbul selepas Lady Gaga muncul di majlis Grammy Awards 2019 minggu lalu tanpa memakai cincin pertunangannya.

Penyanyi itu sebelum ini tidak pernah keluar tanpa memakai cincin berlian berwarna merah jambu itu sejak setahun lalu.

Bagaimanapun, jurucakap penyanyi itu enggan menjelaskan masalah yang berlaku secara terperinci.

Lady Gaga

Artikel Lain