Inul Daratista kongsi kisah bersama suami sepanjang 24 tahun - Bintang Global | mStar

Inul Daratista kongsi kisah bersama suami sepanjang 24 tahun

PENYANYI dangdut legenda Indonesia iaitu Inul Daratista mengimbau kenangan percintaannya dengan suami selepas 24 tahun mendirikan rumah tangga bersama  Adam Suseno.

Inul, 40, berkata, biarpun membuat keputusan berkahwin pada usia 16 tahun, namun mereka sentiasa bersama ketika berdepan dengan rintangan.

"Terjumpa foto ketika kami masih memadu kasih. Comel saat ketika belum mengenali klinik kecantikan tapi semua itu tidak penting. Yang penting pelukkan hangat suami yang cintanya sampai sekarang tetap biar sudah tua bersama," tulisnya di Instagram.

Inul kongsi kisah bersama suami.

Inul mendedahkan mereka bercinta secara diam-diam berikutan tidak mendapat restu kedua orang tua.

"Perjuangan sambil berkahwin sebab kedua orang tua dulu tidak setuju. Jadi kami bercinta sembunyi-sembunyi. Kami sepakat dan janji setia memujuk orang tua masing-masing bahawa pilihan kami tidak salah," tambahnya.

Inul berkata, Adam membantunya mencari wang sendiri sebagai penyanyi dari satu tempat ke tempat lain.

"Kami tidak pernah minta wang orang tua untuk modal bercinta hingga berkahwin. Kami berdua cari wang kerja bersama, nyanyi naik angkut dari desa ke desa. Keluar masuk gunung kampung kecil.

"Wang simpanan boleh membeli vespa dan membuktikan cinta kami akhirnya sampai sekarang. Saya mencintai dia sudah separuh umur terima kasih menemani saya dalam suka dan duka," ujarnya.

Inul Darastista

Lebih Artikel

Luar biasa! Air pancut dari pokok