suria

Peminat bimbang lihat penampilan Jimin (AOA) semakin kurus

Jimin kelihatan semakin kurus berbanding sebelum ini.

BEBERAPA keping foto terbaharu yang dimuat naik anggota kumpula AOA iaitu Jimin di laman Instagramnya menarik perhatian peminat.

Menurut laporan Allkpop, foto Jimin yang kelihatan semakin kurus berbanding sebelum ini membuatkan peminatnya berasa bimbang.

Biarpun Jimin memilik bentuk badan yang kecil namun penampilannya ketika kali terakhir AOA membuat promosi lagu Bingle Bingle baru-baru ini sangat kurus.

Peminat-peminatnya turut meminta Jimin untuk makan lebih banyak supaya dapat menaikkan berat badan yang lebih ideal.

Jimin, AOA

Artikel Lain