suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Yves, Yeojin (LOONA) direhatkan daripada melakukan sebarang aktiviti promosi

Yves dan Yeojin masih dalam rawatan selepas mengalami kecederaan ketika membuat persembahan.

ANGGOTA kumpulan LOONA iaitu Yves dan Yeojin yang mengalami kecederaan ketika melakukan persembahan pada konsert yang berlangsung pada Ahad lalu masih dalam rawatan.

Menurut laporan Soompi, agensi pengurusan mereka, BlockBerry Creative memberitahu Yves akan direhatkan daripada aktiviti promosi manakala Yeojin masih dalam pemantauan.

"Yves dan Yeojin yang cedera pada konsert baru-baru ini masih dalam rawatan. Kelihatan Yves akan direhatkan daripada sebarang aktiviti promosi.

"Untuk Yeojin pula, nampaknya kami masih perlu menunggu dan melihat terlebih dahulu keadaanya," kata wakil agensi.

Yeojin mengalami kecederaan di kaki selepas tersungkur dan jatuh. Yves pula cedera di bahagian hidung.

Biarpun dua anggota kumpulan itu mengalami kecederan namun mereka masih meneruskan persembahan menari demi tidak mahu mengecewakan peminat.

Yves, Yeojin, LOONA

Artikel Lain