suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kim Bo Ra mula bercinta dengan Jo Byeong Gyu sejak Februari lalu

Pasangan ini mula rapat sejak membintangi drama SKY Castle.

PASANGAN gandingan menerusi drama SKY Castle iaitu Kim Bo Ra dan Jo Byeong Gyu disahkan menjalinkan hubungan cinta.

Menurut laporan Soompi, dua pelakon itu mula bercinta semenjak membintangi drama terbitan JTBC dan beberapa kali kelihatan keluar malam bersama.

Walaupun Kim Bo Ra dan Jo Byeong dilihat semakin rapat, namun mereka pernah menafikan ada hubungan istimewa.

Namun, Jo Byeong Gyu ketika menjadi tetamu dalam program Happy Together baru-baru ini menjelaskan mereka sebenarnya mula rapat selepas habis penggambaran drama tersebut.

Agensi pengurusan Kim Bo Ra iaitu Moment Entertainment memberitahu hubungan mereka mula terjalin sejak awal Februari lalu.

Kim Bo Ra, Jo Byeong Gyu

Artikel Lain