suria

Jaejoong gagal tahan air mata bertemu peminat cacat penglihatan

Jaejoong tidak dapat menahan air mata selepas berpeluang dengan peminatnya yang cacat penglihatan.

PENYANYI Jaejoong tidak dapat menahan air mata apabila berpeluang bertemu dengan seorang peminatnya yang cacat penglihatan menerusi acara bertemu peminat baru-baru ini.

Koreaboo melaporkan peminat wanita itu teruja apabila mengenali suara Jaejoong walaupun tidak dapat melihat wajahnya.

"Walaupun saya tidak nampak awak, saya tahu dan dapat rasakan menerusi suara awak," katanya saat bertemu.

Peminat wanita ini melonjak kegembiraan apabila dapat bertemu dengan idolanya.

Pada pertemuaan itu, Jaejoong sempat meluangkan masa berbual dengan peminatnya itu.

Bagaimanapun Jaejoong tidak dapat menahan sebak dan mengalirkan air mata sejurus wanita itu berlalu pergi kerana terkesan dengan keikhlasannya meminatinya walaupun hanya menerusi suara.

Jaejoong

Artikel Lain