suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

GOT7 ikut jejak BTS ke Amerika Syarikat

GOT7 bakal muncul dalam program TV Good Day New York.

KUMPULAN GOT7 bakal muncul dalam rancangan TV Good Day New York di Amerika Syarikat (AS).

Program TV terbesar di New York itu semestinya memberikan platform terbaik untuk kumpulan itu menarik lebih ramai peminat di sana.

Perkara tersebut disahkan oleh pengacara Good Day New York iaitu Rosanna Scotto menerusi Twitter pada Rabu.

Bagaimanapun, butiran penggambaran dan tayangan untuk sesi temu bual itu belum ditetapkan lagi.

Kemungkinan besar mereka akan muncul dalam program itu pada awal bulan Julai.

Sebelum ini, kumpulan BTS telah menjadi tetamu jemputan untuk program tersebut.

GOT7, BTS

Artikel Lain