suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Zayn Malik mahu jadi ahli politik

Zayn Malik menyimpan hasrat untuk menyertai bidang politik suatu hari nanti.

PENYANYI kelahiran British-Pakistan, Zayn Malik tidak menolak dia akan melibatkan diri dalam bidang politik suatu hari nanti.

Zayn, 25, memberitahu cintanya terhadap Amerika Syarikat sejak berhijrah dari United Kingdom membuatkan dia memasang cita-cita untuk mewakili rakyat di negara itu.

"Jujurnya saya terkejut ketika mula-mula datang ke Amerika kerana bayangan saya tentang masyarakat negara ini jauh berbeza dengan apa ditonjolkan.

"Semua orang yang saya jumpa sangat ramah dan kehidupan di Amerika bukanlah seteruk yang disangkakan.

"Saya mula jatuh cinta dengan negara ini dan mengapa tidak kalau saya terlibat dalam politik suatu hari nanti," katanya seperti dilaporkan Daily Mail.

Selepas meninggalkan One Direction pada 2015 yang berpangkalan di London, Zayn berpindah ke Amerika dan bergelar penyanyi solo.

Zayn yang juga beragama Islam kini menetap di New York.

Zayn Malik

Artikel Lain