suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kisah hidup Michael Jackson dijadikan teater muzikal

Michael Jackson meninggal dunia pada 2009 akibat pengambilan ubat terlarang secara berlebihan.

TEATER muzikal berkisarkan kisah kehidupan penyanyi legenda Michael Jackson sedang dalam pembikinan.

Daily Mail melaporkan teater muzikal itu akan diadakan secara besar-besaran di Amerika Syarikat dan akan dipentaskan selewat-lewatnya pada tahun 2020.

Syarikat pengurusan mendiang, The Michael Jackson Estate and Columbia Live Stage membuat pengumuman itu pada Selasa.

Menerusi pementasan itu turut akan dipersembahkan lagu-lagu popular Michael daripada album popularnya.

Teater muzikal itu akan mendapat sentuhan penulis Lynn Nottage dan diarahkan oleh Christopher Wheeldon.

Michael meninggal dunia pada 2009 ketika usianya 50 tahun akibat pengambilan ubat terlarang berlebihan.

Michael Jackson

Artikel Lain