suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Zac Efron Sambut Krismas Di Puncak Gunung

Zac Efron mengambil peluang bersempena cuti Krismas dengan mendaki gunung. Foto Instagram: @zacefron

JIKA selebriti lain menyambut Krismas bersama keluarga di rumah, berbeza pula dengan pelakon Zac Efron yang meraikan perayaan tersebut dengan aktiviti mendaki gunung.

Menerusi akaun Instagram miliknya, Zac memuat naik foto dia sedang berada di puncak gunung dengan gaya maskulin bersama ikatan kepala berwarna hitam dan tidak berbaju.

"Semoga percutian kamu menjadi luar biasa," tulisnya di laman tersebut pada Selasa.

Swafoto terkini yang dimuat naik Zac Efron di laman Instagram.

Foto tersebut menerima lebih 3 juta tanda suka dan puluhan ribu komen daripada pengikut.

"Gambar ini membuatkan hari cuti saya menakjubkan," komen dana_aravindan.

"Hanya tengok kamu dah buatkan cuti saya menarik dan indah!," tulis hiddlestonismylife pula.

Zac Efron dalam rangka promosi filem The Greatest Showman.

Menurut laman Liputan 6, Zac ada berkongsi beberapa keping foto ketika dia mendaki gunung di portal Ace Showbiz. Antaranya aksi dia sedang bersantai berdekatan jurang gunung dengan topi hitam.

Dalam perkembangan lain, jejaka berusia 30 tahun ini terlibat dengan promosi filem terbaharu berjudul The Greatest Showman ditayangkan di pawagam Malaysia bermula hari ini.

Filem arahan Michael Gracey itu turut dibintangi oleh Hugh Jackman, Zendaya, Michelle Williams dan Rebecca Ferguson.

Zac Efron

Artikel Sebelum

Miss A Umum Berpecah

Artikel Berikut

Artikel Lain