suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Miss A Umum Berpecah

Miss A berpecah selepas tujuh tahun bersama.

KUMPULAN Miss A mengumumkan mereka bakal berpecah selepas tujuh tahun mencipta nama dalam bidang nyanyian.

Pembubaran kumpulan itu turut disahkan oleh syarikat pengurusan mereka iaitu JYP Entertainment pada Rabu.

Pengumuman itu mengejutkan peminat mereka selepas dua anggotanya, Suzy dan Fei baharu sahaja memperbaharui kontrak bersama syarikat pengurusan itu tahun lalu.

Bagaimanapun perpecahan kumpulan itu sudah dijangkakan oleh pemerhati muzik Korea selepas dua ahlinya Jia dan Min meninggalkan Miss A untuk memulakan karier solo.

Miss A juga sudah lama tidak menghasilkan album baharu dan kali terakhir mereka tampil dengan lagu baharu iaitu pada 2015 menerusi Colors.

Miss A

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain