suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kim Kardashian Bawa Anak Main Luncur Ais

Imej dirakam paparazi ketika Kim dan keluarga bercuti sempena perayaan Krismas. Foto: SPLASH NEWS / BACKGRID

SELEBRITI Kim Kardashian menggunakan peluang meraikan perayaan Krismas bersama keluarga dengan bercuti di California, Amerika Syarikat.

Terbaharu, Kim dilihat menghabiskan masa bersama dua orang anaknya North West dan Saint West di lapangan luncur ais di Thousand Oaks pada malam Sabtu.

Menerusi foto yang dirakam paparazi, bintang Keeping Up With The Kardashian ini sedang memimpin tangan anaknya di pusat luncur ais tersebut.

Kim membantu anaknya, Saint meluncur ais.

Menurut portal Daily Mail, foto tersebut memperlihatkan North tersenyum dan seronok mempelajari teknik meluncur ais.

Meskipun cuaca sejuk, anak perempuan sulung Kim dan Kanye West ini sungguh teruja dengan aktiviti tersebut sambil dibantu oleh ibunya dan pengasuh.

Kim menghabiskan masa bersama keluarga dengan aktiviti meluncur ais.

Kim mengayakan imej baharu yang lebih segar dengan potongan rambut pendek dan mengenakan sweater dan seluar kelabu.

Sementara itu, foto lain menunjukkan Kim memimpin Saint. Malah, kelibat Kourtney Kardashian dan anak-anak serta Younes Bendjima turut dirakam paparazi.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain