suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Angelina Jolie Dapat Hak Penjagaan Sementara Anak

SELEPAS dua minggu memfailkan perceraian, pelakon Angelina Jolie dan Brad Pitt kini mencapai kata sepakat menyerahkan hak penjagaan sementara anak kepada Angelina.

Seperti dipetik US Magazine, Angelina mendapat hak penjagaan ke atas enam orang anak mereka iaitu Maddox, Pax, Zahara, Shiloh, Knox dan Vivienne.

Bagaimanapun, Brad diizinkan untuk melawat anak-anak mereka dengan pemantauan seorang penasihat kaunseling.

Selain itu, Brad juga setuju untuk menjalani semua ujian alkohol dan ubat-ubatan.

"Cara terbaik untuk membela diri adalah dengan menjalani semua prosedur kerana bagi beliau ia adalah salah satu cara untuk menghentikan khabar angin yang tersebar," ujar peguam pasangan tersebut.

Angelina Jolie menfailkan perceraian pada 19 September lalu selepas dua tahun berumah tangga.

Angelina Jolie

Artikel Lain