Britney, Justin Timberlake Elak Bertemu Di London - Bintang Global | mStar

Britney, Justin Timberlake Elak Bertemu Di London

Britney dan Justin Timberlake berpisah kira-kira 14 tahun lalu.

PENYANYI Justin Timberlake dan bekas teman wanitanya, Britney Spears dilaporkan enggan bertembung apabila kedua-dua bintang terkenal itu berada di kota London pada penghujung bulan ini.

Britney akan membuat kemunculan di Festival Music Apple pada 27 September manakala Justin akan membuat kemunculan menerusi programThe Graham Norton Show yang dijadualkan beberapa hari selepas itu.

Malah penyanyi lagu Cry Me A River itu turut dijangkan mengadakan kemunculan menerusi program Capital Up Close With Coca-Cola Show.

"Justin akan sampai selepas Britney selesai mengadakan persembahan namun penyanyi itu akan berada di London untuk bercuti.

"Kedua-dua mereka akan memastikan mereka tidak bertembung di antara satu sama lain.

"Mereka perlu memastikan hotel, jadual perjalanan, komitmen promosi tidak sama dengan Justin agar mereka tidak bertemu," kata sumber.

Terdahulu, Britney dalam satu temubual memberitahu dia terbuka sekiranya dapat berkolaborasi dengan bekas teman lelakinya itu.

Justin dalam satu kenyataan pula mengakui terkejut dengan kenyataan Britney namun bersetuju dengan cadangan tersebut.

"Dia kata begitu? Sudah tentu!," katanya.

Pasangan itu pernah menjalinkan hubungan cinta pada 1999 dan berpisah secara mengejut pada 2002.

Justin Timberlake , Britney Spears

Artikel Sebelum

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

Artikel Lain

Hello! Jangan malu pakai topeng muka....