suria

Instagram Peribadi Digodam, Gambar G-Dragon Bersama Komatsu Nana Terdedah

Antara gambar G-Dragon bersama Komatsu Nana yang dimuat naik dalam akaun peribadinya.

AKAUN Instagram peribadi milik penyanyi G-Dragon telah digodam oleh pihak tidak bertanggungjawab sehingga membolehkan ia akses secara terbuka.

Allkpop melaporkan profil dengan nama peaceminusone itu turut memperlihatkan beberapa gambar G-Dragon bersama model Jepun, Komatsu Nana dimuat naik menerusi akaun berkenaan.

G-Dragon dilihat aktif memuat naik gambar bersama model berkenaan sejak Julai lalu dan ia mula menimbulkan tanda tanya peminat tentang hubungan sebenar mereka.

Ini kerana pasangan itu pernah menyangkal dakwaan sedang bercinta sebelum ini namun dengan pendedahan gambar daripada akaun peribadinya itu telah menceritakan sebaliknya.

Dalam pada itu, rakan baik G-Dragon, Taeyang pernah meninggalkan komen dalam salah satu gambar dan menulis; "Ayuh kita tulis lagu. Tajuknya adalah 'Lovers'.

Bagaimanapun akaun berkenaan telah pun dipadam oleh G-Dragon selepas mengetahui ia digodam.

G-Dragon, Komatsu Nana

Artikel Lain