suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Justin Bieber Diberi Amaran Gara-Gara Bergambar Dengan Harimau

Justin Bieber bergambar bersama harimau dalam satu majlis baru-baru ini.

PENYANYI Justin Bieber diberi amaran oleh Pusat Haiwan Toronto, Amerika Syarikat selepas tindakannya memuat naik gambar bersama harimau di Instagram telah melanggar peraturan ditetapkan oleh undang-undang.

Hollywood Repoter melaporkan satu surat juga telah dihantar kepada pihak pengurusan penyanyi itu berhubung perkara berkenaan agar tidak mengulangi perbuatan tersebut.

Amaran itu dikeluarkan kerana ia bukan kali pertama Justin memuat naik gambar bersama haiwan liar di laman sosial miliknya kerana pernah berbuat demikian pada April dan Mei lalu.

"Jelas Justin mempunyai perasaan kasih terhadap haiwan seperti kebanyakan orang lain namun tindakannya mengambil gambar bersama haiwan liar adalah satu kesalahan," kata wakil PETA.

Justin Bieber, PETA

Artikel Lain