suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Paris Hilton Bakal Lancar Tiga Hotel Mewah

Paris Hilton bakal melancarkan rangkaian hotel miliknya sendiri.

BINTANG realiti Paris Hilton dilaporkan bakal mengikut jejak langkah moyangnya iaitu Conrad Hilton apabila bakal melancarkan hotel mewah bawah jenamanya.

Menurut laporan Forbes, Paris memilih melancarkan hotel berkenaan di Dubai, New York dan Las Vegas yang juga lokasi kegemarannya.

Bagaimanapun Paris masih belum menetapkan tarikh pelancaran hotel berkenaan.

Dalam pada itu, ini bukan kali pertama Paris terlibat dalam bidang perniagaan kerana dia juga pernah bertindak sebagai pereka bentuk dua buah kelab di Filipina sebelum ini.

Malah rangkaian wangian yang dilancarkan Paris sebelum ini turut membawa pulangan lumayan berjumlah USD1.5 bilion.

Selain itu Paris juga mempunyai 50 buah butik di seluruh dunia yang menjual produk seperti wangian, beg tangan, jam dan kasut.

Paris Hilton

Artikel Lain