suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Angelina Jolie Bakal Filemkan Kisah Celine Dion

Angelina Jolie

KISAH kehidupan penyanyi Celine Dion dikhabarkan bakal menjadi sebuah filem tidak lama lagi.

Menurut laporan Dailymail, aktres Angelina Jolie tertarik dengan kisah suka duka penyanyi lagu My Life Will Go On itu dan difahamkan skrip filem itu akan ditulis oleh Jolie sendiri.

Gambar kenangan Celine bersama suaminya, Rene.
"Jolie berkata dia mahu menulis skrip filem itu sendiri. Bermula Celine kecil sehinggalah dia bertemu suaminya, Rene Angelil ketika berusia 12 tahun.

"Celine sudah tahu tentang perancangan ini dan Jolie pula tidak terlalu mendesak memandangkan penyanyi itu masih lagi bersedih atas pemergian suaminya itu," kata sumber.

Pada 16 Januari lalu, Rene, 73, telah meninggal dunia akibat penderitaan penyakit kanser tekak yang dialami sejak dahulu lagi.

Dua hari kemudian, abang kepada Celine iaitu Daniel, 59, pula meninggal dunia akibat kanser tekak, otak dan lidah.

Angelina Jolie, Celine Dion

Artikel Lain