suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

CNBLUE Diarahkan Bayar Pampasan Ciplak Lagu

CNBLUE perlu membayar pampasan kepada Crying Out kerana telah melanggar hakcipta.
KUMPULAN CNBLUE terpaksa membayar pampasan sebanyak USD$12,500 (RM53,750) kepada band indie Crying Out selepas didapati melanggar hak cipta.

Korea Herald melaporkan Crying Out memfailkan saman terhadap kumpulan itu dan syarikat pengurusan mereka, FNC Entertainment ekoran penggunaan lagu berjudul Deathblow Off-side tanpa kebenaran.

Mereka mendakwa, CNBLUE bukan sahaja melanggar hak cipta malah turut menggunakan suara mereka menerusi lagu yang dirakam semula oleh kumpulan itu.

Tambahnya lagi, CNBLUE turut mengaut keuntungan menerusi penjualan lagu tersebut selain ia juga dilancarkan dalam bentuk DVD.

Mahkamah di Seoul memutuskan CNBLUE bersalah dalam kes berkenaan dan perlu membayar pampasan kepada Crying Out.
CNBLUE

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain