suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Leonardo DiCaprio Diselar Kerana Hisap Vape

Leonardo DiCaprio diselar kerana menghisap vape ketika menghadiri Anugerah SAG di Los Angeles baru-baru ini.
PELAKON Leonardo DiCaprio diselar selepas gambar memperlihatkannya sedang menghisap rokok elektronik iaitu vape tersebar ketika menghadiri Anugerah Screen Actors Guild (SAG) baru-baru ini.

Daily Mail melaporkan pelakon filem The Revenant itu dilihat menghisap vape ketika majlis anugerah tersebut sedang berlangsung dan rata-rata menganggap perbuatan Leonardo, 41, itu sebagai tidak sopan.

Gambar tersebut telah menarik perhatian Persatuan Paru-Paru Amerika memandangkan menghisap vape adalah dilarang di Los Angeles termasuk di restoran, kelab malam dan tempat awam lain.

Dalam pada itu, Leonardo buat pertama kali memenangi trofi Pelakon Lelaki Terbaik SAG selepas sembilan kali dicalonkan dalam kategori sama sebelum ini.

Leonardo DiCaprio, Vape

Artikel Lain