suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Shin Se Kyung Lapor Polis Individu Sebar Fitnah

Shin Se Kyung buat laporan polis terhadap individu yang memfitnahnya di laman sosial.
PELAKON Shin Se Kyung dilaporkan telah membuat laporan polis terhadap beberapa individu yang menyebarkan fitnah tentang dirinya di laman sosial.

Allkpop melaporkan, Se Kyung membuat laporan itu di Balai Polis Gangnam dan mahu pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap mereka yang cuba menjatuhkannya dengan berita tidak benar.

Perkara itu turut disahkan oleh syarikat pengurusan Se Kyung iaitu Namoo Actors.

"Benar dia membuat laporan tersebut selepas komen negatif diterimanya akibat perbuatan beberapa individu yang menyebarkan fitnah tidak benar tentangnya di laman sosial.

"Se Kyung mahu perkara ini dihentikan segera kerana berita yang tersebar adalah tidak benar selain ia fitnah," kata wakil pengurusan pelakon itu.
Shin Se Kyung, Namoo Actors

Artikel Lain