suria

Park Hae Jin Buat Kejutan Hadir Ke Sekolah Peminat

Park Hae Jin membuat kejutan apabila hadir ke sekolah salah seorang peminatnya baru-baru ini.
PELAKON Park Hae Jin memberi kejutan istimewa kepada salah seorang peminat apabila muncul di sekolah pelajar perempuan itu baru-baru ini.

Soompi melaporkan pelajar tersebut Cho Rong sebelum ini membuat permintaan untuk menghabiskan sesi persekolahan terakhirnya bersama aktor itu.

Pada pertemuaan itu, Hae Jin meluangkan masa hampir sejam bersama peminat selain membawa makanan iaitu Kimbap untuk Cho Rong dan rakan-rakannya.

Hae Jin memberikan kimbap kepada Cho Rong pada pertemuaan itu.

Makanan tersebut sebagai simbolik wataknya sebagai Yoo Jung yang sering membawa Kimbap apabila bertemu teman wanitanya, Hong Seol lakonan Kim Go Eun dalam drama bersiri Cheese in the Trap.

Drama bersiri berkenaan kini sedang rancak ditayangkan di Korea Selatan.

Park Hae Jin

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain