suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Psy Akhirnya Lancar Album Terbaharu

Psy melancarkan album ketujuhnya berjudul Chiljip Psy-da.

PENYANYI terkenal Psy akhirnya melancarkan album terbaharunya berjudul Chiljip Psy-da yang dinanti-nantikan peminatnya.

Korea Herald melaporkan Psy mengakui mengambil tempoh lama menyiapkan album berkenaan namun menjelaskan ia satu penantian yang sangat berbaloi.

"Ia terlalu lama. Ya saya tahu tetapi ia juga memberi tekanan kepada saya dalam menghasilkan sebuah album yang baik.

"Namun penantian itu sebenarnya berbaloi," katanya.

Dalam pada itu, Psy berkata, album berkenaan tidak mengulang kejayaan single Gangnam Style yang memperkenalkan namanya di peringkat global.

Sebaliknya kata Psy, menerusi Chiljip Psy-da dia menjadi dirinya sendiri dan berharap peminat akan menyukai hasil kerjanya itu.

Album berkenaan menampilkan sembilan buah lagu.

Psy

Artikel Lain